Diterjemah oleh: Pasukan Pendidikan MOS – James L

Menurut kepada The Daily Caller pada 28 April, penutupan ataupun lockdown berlebihan Parti Komunis China (PKC) telah menambahkan gangguan rantaian bekalan seluruh dunia, dan menyumbang secara langsung kepada kadar inflasi yang tertinggi di Amerika Syarikat dalam masa tempoh 40 tahun.

Gangguan rantaian bekalan telah menjadi satu isu seluruh dunia dalam persekitaran globalisasi ekonomi. Memandangkan ekonomi A.S. dan Komunis China telah terjalin, penutupan PKC yang berniat jahat telah meningkatkan kos rantaian bekalan. Banyak syarikat perlu memegang lebih banyak inventori dan simpan banyak produk untuk menangani situasi yang tidak tentu pada masa depan. Penghantaran tepat masa tidak lagi wujud. PKC telah mengenakan masa satu minggu kuarantin untuk barang yang masuk ke negaranya. Kilang-kilang operasi di Komunis China yang memerlukan bekalan bahan dari tempat lain mendapati operasi mereka telah diganggu

Terdapat laporan mengatakan penutupan PKC yang tidak menentu adalah satu amaran kepada Amerika Syarikat yang terpaksa membuat pilihan untuk menerima pergantugan A.S. kepada Komunis China dan hidup dalam cara yang terkekang dengan kemerdekaan negara terjejas, ataupun berpisah secara beransur-ansur daripada PKC dan menanggung kos rantaian bekalan dan melepaskan pasaran di Komunis China serta sumber modal dan destinasi modal.

Rujukan: https://gnews.org/post/p2459947/

Disiarkan oleh: Wenliu

More information, follow us 

New York MOS Himalaya GTV

New York MOS Himalaya |MOS TALK

New York MOS Himalaya |Gettr

New York MOS Himalaya |YouTube

Free to Join New York MOS Himalaya|Discord