Diterjemah oleh: Pasukan Pendidikan MOS – James L

Dalam siaran langsung pada 14 April, Miles Guo mendedahkan drone yang dibeli oleh Taiwan dibuat di Komunis China. Kebanyakkan tentera dan perkhidmatan perisikan Taiwan telah dibeli oleh Parti Komunis China.

Encik Guo mendedahkan proses belian drone. Pertama, Komunis China menjual drone kepada Australia. Selepas itu, Taiwan membeli drone tersebut daripada Australia dan menghantar balik ke Taiwan. Oleh itu, drone yang dibeli oleh Taiwan adalah daripada Komunis China.

Apabila orang Amerika mengetahui fakta tersebut, mereka akan berasa marah sebab Amerika sedang membantu Taiwan untuk menentang Parti Komunis China.

Menurut kepada sumber perisikan Miles, Komunis China telah menghantar banyak wang tunai dalam dolar Amerika Syarikat dan juga emas kepada ahli keluarga kleptokrat Taiwan yang tinggal di Shanghai dan Taiwan. Selanjutnya, Parti Komunis China juga menjanji keluarga mereka apabila peperangan bermula, Parti Komunis China akan menjaga mereka dan ahli keluarganya dapat kembali ke Taiwan selepas peperangan. Tanah Taiwan juga akan dibahagikan kepada mereka.

Miles Guo membuat kenyataan, “Ingat kata-kata saya, saya bercakap hari ini 14 April kepada semua kerajaan di dunia. Saya menjamin dan bertanggungjawab atas apa yang saya katakan.” 

Guo yakin bahawa agensi tentera dan perisikan Taiwan akan menjadi institusi pertama yang menjual rakyat Taiwan apabila peperangan bermula.

Rujukan: https://gnews.org/post/p2347114/

Disiarkan oleh: Xiaolunn

More information, follow us 

New York MOS Himalaya GTV

New York MOS Himalaya |MOS TALK

New York MOS Himalaya |Gettr

New York MOS Himalaya |YouTube

Free to Join New York MOS Himalaya|Discord