Diterjemah oleh: Pasukan Pendidikan MOS – James L

Pada Mac 29, satu majalah tempatan Poland, Tygodnik Solidarność telah menerbitkan cerita panjang mengenai operasi penyelamatan kemanusiaan yang dijalankan oleh Negeri Persekutuan Baru China (NPBC) dan Yayasan Rule Of Law (Yayasan ROL). Selain memerincikan khemah besar NPBC dan kopi NPBC di Medyka, artikel tersebut juga memperkenalkan falsafah dan misi NPBC dan Yayasan ROL kepada pembaca Poland.

Artikel tersebut juga memperincikan pasukan NPBC telah berjaya menyelamatkan 96 kanak-kanak dan guru mereka dari Ukraine ke Krakow, Poland pada Mac 6. Pasukan NPBC juga menolong mereka pergi ke Sepanyol dengan selamat.

Bersama dengan penerang operasi penyelamatan, ia juga menerangkan bahawa Parti Komunis China (PKC) ialah satu organisasi pengganas yang menggenakan totalitarianisme di negaranya dan mengeksporkan rasuah ke seluruh dunia. Artikel tersebut juga menyebut bahawa virus PKC (COVID-19) yang telah disebar seluruh dunia adalah senjata biologi yang dilepaskan oleh PKC dengan sengaja.

NPBC dimulakan dan diasaskan oleh Miles Guo dan Steve Bannon pada Jun 4, 2020, direka bentuk untuk membina satu China baru tanpa PKC dan memperkenalkan sistem pilihan raya satu orang satu undi di China. Yayasan ROL berdedikasi untuk mendedahkan rasuah dan kezaliman PKC, melindungi orang Cina yang telah ditindas dan dianiaya oleh PKC, dan mendorong kedaulatan undang-undang di China baru dan memastikan orang Cina dapat hidup dalam masyarakat bebas, demokratik dan bertamadun.

Dalam penggambaran cerita tentang orang-orang NPBC, ia mengatakan sukarelawan NPBC di barisan hadapan mengemukakan pandangan mereka bahawa PKC adalah punca kepada semua malapetaka global. Semasa NPBC sedang berjuang untuk menghapuskan PKC, orang NPBC berdiri bersama dengan orang Ukraine.

Rujukan: Polish Media Reports on the NFSC’s Humanitarian Rescue in Ukraine – GNEWS

Disiarkan oleh: Xiaolunn

More information, follow us 

New York MOS Himalaya GTV

New York MOS Himalaya |MOS TALK

New York MOS Himalaya |Gettr

New York MOS Himalaya |YouTube

Free to Join New York MOS Himalaya|Discord